Manusia akan berlajar dari kesilapan, tanpa kesilapan & kegagalan manusia akan terus leka dan tidak dapat mengenal pasti kesempurnaan sesuatu itu....Maka dengan ini hendaklah kita belajar menerima kegagalan ini sebagai satu hikmat atau pengalaman dalam hidup ini.
"Belajar menerima kegagalan kerana kegagalan itu menuju kearah kegemilangan".
Jangan kerana satu kegagalan/ kesilapan kita terus mengalah, biarlah apa orang nak kata,jangan peduli kerana manusia ini menindas seseorang dengan mencari kesalahan orang lain. Yang penting kita telah melalui kegagalan dengan tabah dan ini adalah satu kekuatan kerana kita belajar mengatasinya , supaya apa yang kita lakukan di masa hadapan akan menjadikan kita lebih berjaya dan Insyaallah dapat mengelak atau mengurangkan sebarang kesilapan.
Ini juga menjadikan kita menjadi manusia yang lebih berjaya di dalam apa keadaan sekalipun.
"Ingatlah orang yang berjaya pasti pernah menempuhi kegagalan dan kesilapan"
Sebagai manusia kita tidak sempurna,kita pasti akan membuat kesilapan....dan jangan jadikan kegagalan sebagai penghalang menuju kejayaan..........
0 Ulasan