Renungan Bersama Ayat Pesanan Ini
Menarik tulisan ayat pesanan ini....
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, Tetapi satu batang mancis juga boleh membakar jutaan pokok.
Jadi, sebuah fikiran negatif dapat juga membakar semua fikiran positif. Kerana Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus mula terbakar. Kita manusia juga mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah dengan hanya kerana gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia memakan ulat, Ketika burung itu mati, ulat pula yang memakan burung.
Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan Juga terus berlaku. Jangan pernah merendahkan siapapun dalam hidup ini, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa. tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.
Kerana Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Apababila Waktu kita sakit, Maka kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, Barulah kita tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, barulah kita tahu begitu banyak waktu yang terbuang dengan sia-sia.
Hidup ini tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERERTI DAN BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, Dan juga saling sokong-menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat.
Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .
SAMA-SAMA DI RENUNG SIAPA KITA DI HARI INI DAN JGN BIARKAN MASA BERLALU TANPA SEBARANG KEBAJIKAN APATAH LAGI HARI-HARI YANG BERLALU PENUH DENGAN DOSA DAN KEJAHATAN
Sekian sampai di sini, Selamat beramal dan sering membaca berulang-ulang, agar tidak lupa diri..
0 Ulasan