Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semak Cara Permohonan & Tarikh Mula Bayaran
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) DAN KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI BUJANG, KELUARGA / IBU / BAPA TUNGGAL DAN WARGA EMAS
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?
Kelayakan
Cara Permohonan
Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai yang tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan ke atas rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.
“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya dalam Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan secara rasmi melalui laman web rasmi Bajet 2022:
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Had umur adalah 21-59 tahun; dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:
Kadar Bayaran Bantuan BKM Yang Diterima Mengikut Kategori
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum.
Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:
Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
Bujang (<RM2,500)*: RM350
*(Pendapatan Bulanan)
Sila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Sila layari: SINI https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.
Cara Kemaskini Maklumat
Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yang mempunyai perubahan maklumat
Status Perkahwinan.
Bilangan Anak.
Jumlah Pendapatan.
Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut:
Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.
Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login untuk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.
Tempoh Kemaskini : 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022.
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT BKM
Untuk mengemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:
Buka laman web BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my/
Klik Log Masuk
Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
Klik Teruskan
Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan
Pautan kemaskini : https://bkm.hasil.gov.my/
Tempoh Semakan Status BKM / Kemaskini
Tempoh semakan status BKM belum lagi diumumkan oleh LHDN / Menteri Kewangan.
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).
Sila kemaskini maklumat anda di laman web https://bkm.hasil.gov.my/
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Permohonan BKM
Log Masuk MyBKM
Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.
0 Ulasan