Benarkah booster layak menjadi pendinding diri dari Covid 19?

 Benarkah booster layak menjadi pendinding diri dari Covid 19?



15hb Februari 2022,

 

Pagi Ini saya dikejutkan apabila mendapat panggilan bahawa ada keluarga kami yang telah pun diberitakan positif dijangkiti virus COVID-19.


Ianya mula dijangkiti oleh cucu kakak saya, ia dikatakan dapat jangkitan melalui sekolah tadika di Cyberjaya. Dimaklumkan di sekolah itu sahaja ada beberapa anak murid dan guru telah pun positif.


Jadi kemungkinan apabila balik dari sekolah, pastinya ibunya anak kakak saya turut menjadi contact rapat kerana mengambil budak balik dari sekolah, lalu pulang ke rumah nenek(kakak saya) di bangi. Di dalam rumah Itu pun ada beberapa orang termasuk adik beradik mereka, salah seorang daripada ahli keluarga adalah doktor. Yang mana doktor ini telah mengambil pelbagai vaksin bagi menggalakkan gejala.. maklumlah kan doktor, malah turut kecundang positif Covid ini.



Yang amat menghairankan saya lagi kesemua keluarga kakak saya telah pun mengambil vaksin 1,2 dan booster baru-baru ini.

Dan Ini lagi membuatkan saya tertanya-tanya mengapakah ini boleh terjadi.


Saya fahami keadaan ini , ianya adalah takdir dari Allah SWT, ini menandakan Allah SWT menyayangi kita, apabila sakit didatangkan pada kita.

Apa yang saya tertanya-tanya dibenak fikiran saya adalah, apakah sekiranya kita telah mengambil vaksin tak cukup 1 ,2 dan booster. Ianya dikatakan booster dapat mencegah dan menghalang virus menjangkiti kita, Jika benar, berita dukacita ini amatlah mengejutkan saya.

 

Di manakah tahap yang boleh di janjikan atau dijamin oleh kerajaan berkenaan dengan Vaksin ini.

Adakah perlu mengambil vaksin kali keempat (booster kedua).

Maka saya memohon agar kerajaan dapat memberi pencerahan dengan lebih mendalam dan lanjut pada rakyat yang bakal mendapatkan vaksin dalam masa terdekat ini .



Kerana baru baru ini kerajaan mewajibkan orang ramai dan kanak-kanak mengambil booster ini.Jika benar ini berlaku, pasti amat khuwatir ibu bapa sekiranya anak-anak kecil ini diwajibkan di vaksin, kerana ia mempunyai bukti sah ianya tidak berkesan.

Kerana terjadi pada keluarga saya sekarang ini.

Ini bukan rekaan. Ianya benar-benar berlaku.

Catat Ulasan

0 Ulasan