Kita sering melihat orang yang berniaga ini kaya -raya , Nampak hidup senang jer, Dan nampak mewah. Tapi kita tak tahu betapa sukarnya mereka yang berniaga ini di balik belakang kita, mungkin ada yang tak boleh tidur malam memikirkan hutang piutang mereka. Dan yang mengenangkan perniagaan mereka yang mungkin bermasalah untuk di uruskan, Atau pun baru perniagaan nak maju malah masalah modal pula timbul..
Apa lagi ketika pendamik melanda , hampir 2 tahun kita di kurung hanya duduk di rumah, tak boleh nak mencari rezeki dan keluar bekerja.
Infomasi
Setahu Saya!!!
Perniagaan ini adalah seni, bukan semua ada skill untuk berniaga. Perniagaan ini perlukan strategik, ilmu yang luas serta pengalaman yang amat luas, sekurang-kurangnya pernah merasakan kejatuhan dalam perniagaan, dan apabila seseorang itu pernah jatuh , maka dia akan tahu bangun semula, dan tidak tersungkur di tempat yang sama, ianya bermaksud tidak akan buat kesalahan yang sama berulang kali.
Bagi saya perniagaan ini adalah sesuatu anugerah dan bukan semua orang ada anugerah dan boleh berniaga sehingga berjaya.
Sebab ramai orang yang melihat dengan berniaga macam menarik dan best. Boleh tunjuk duit ( show off) , tetapi itu di hadapannya sahaja , kerana mereka ingin mencari pengaruh agar ramai yang berbangga dengan bidang mereka ceburi, Bayangkan kalau peniaga ini nampak tidak berduit, siapa yang akan mempercayai beliau, dan inilah sikap yang dibina oleh bangsa kita sejak dulu lagi.
Tak seperti orang Kaum Tiong Hwa ( Cina) walaupun mereka kaya , tapi tak menunjuk. Jangan pernah jadikan gambaran media sosial sebagai kiblat kehidupan, sebenarnya real life itu lebih penting. Berniaga adalah satu anugerah bukan jadi-jadian.
Kesimpulan
Kalau anda tak pernah berniaga saya sarankan agar anda bekerja sahajalah lebih baik , sebab dah tentu ada wang tetap bulanan, tak seperti berniaga umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerana di sebalik gambaran itu semuanya bukan realiti kehidupan sebenarnya. Ianya hanya salah satu jeratan untuk kita , hanya kita yang tak sedarkan diri lagi.
Jika Gambaran mewah itu benar, anda perlu tahu hampir separuh mati seseorang usahawan iti untuk mendapatkan nya. Hampiur separuh mati nak jadikan ianya realiti..
Ha..ha.ha.
0 Ulasan