MAHAL ATAU MURAH HARGA YANG DI JUAL?

MAHAL ATAU MURAH HARGA YANG DI JUAL?

Pertama Mulakan Dengan
Kos Yang Ada Atau Terlibat Ialah:-
Dan Ini Juga Adalah Kos-Kos Yang Tercatat Di Atas.. 




















x



Tapai adalah sejenis makanan manis tradisional orang Melayu. Namun begitu ada juga orang yang tidak gemar kepada tapai.

 

Tapai diperbuat dari beras pulut yang di campur dengan ragi ( yis ), dibungkus dan diperam.

 

Kualiti beras pulut, ragi, daun pembungkus dan proses pembuatan yang betul mempengaruhi hasil tapai.

 

Setelah sehari atau dua, tapai sudah "masak" dan maka bolehlah dimakan. Tapai sangat sedap jika dimakan sejuk.

 

Antara daun yang digunakan untuk membungkus tapai adalah daun getah, daun pisang, daun ketapang, daun keladi, daun rambai, daun koko dan lain2 lagi daun yang sesuai.


Di sini saya nak Share cara buat Tapai Pulut  yang saya tahu sejak orang tua (Ibubapa) saya buat Tapai ini. Bila saya kira-kira semula, baru sedar dah hampir 45 tahun orang tua saya mula buat Tapai Pulut ni, Hinggalah ke saat ini . Bapa saya bernama Hj Mat Atan Hj Marzuki dari Nogori 9 telah  saya gunakan namanya untuk nama Produk Ini Sebagai Tapai Pulut Haji Atan,Sejak tahun 1977 dari membawa motor kapcai Honda Boon Siew C70 lampu bulat sehingga sekarang Ini, Semasa PKP Ini , Bermula Lah Kisah Jualan Online yang di bantu Oleh Cucu Haji Atan Yang Menguruskan Secara Online dan Delivery bagi membantu atoknya berniaga, akibat PKP #dudukrumah dan dengan sedikit harapan dapat mewarisi bakat berniaga…Hehe


Dan Sekarang Saya Nak Share Pulak Langkah-langkah buat Tapai Pulut Cara Tapai Pulut Haji Atan  …


  1. Rendam Beras Pulut Semalaman, Ikut Anda Nak Buat Berapa Banyak Sukatannya..

  2. Cari Daun Pisang Untuk Membungkus Pulut Yang Di Masak Nanti, Tak Semua Daun Pisang Boleh Digunakan , Yang Terbaik Adalah Jenis (Pisang Awak) Struktur Lembut Dan Tahan Lama..

  3. Setelah Beras Pulut Direndam Semalaman , Basuh Dan Tus Air Serta Masukkkan Dalam Kukus Di Sediakan , Biasanya Untuk 1 Kukus Saya Menyukat Masa 1 Jam- 1 1/2 Jam Untuk Api Dapur Dimatikan . (Pastikan Ada Gas Ye).

  4. Selepas 1 Jam Turun Kan Pulut Tadi Dan Tuangkan Kedalam Dulang Yang Disediakan .Hati-Hati Waktu Ni Pulut Sangat Panas.

  5. Biarkan Pulut Tadi Sejuk Untuk Mudah Proses Meragi Nanti.

  6. Setelah Sejuk Baru Lah Proses Meragi Tapai Bermula , Ragi Telah Diblend Hingga Hancur Mudah Untuk Menaburkan Atau Meratakan Di Atas Pulut, Dan Sedikit Gula Di Campurkan Pada Ragi Agar Ragi Jadi Kasar Sedikit Agar Tidaklah Berdebu Sangat, Serta Air Bagi Melancarkan Meratakan Ragi Dan Gula Di Atas Pulut.


Selepas Proses Meragi Selesai, Barulah Langkah Membungkus Dengan Daun Pisang Berlaku, Daun Pisang Yang Disediakan Mengikut Saiz Di Kehendaki. Bagi Membungkus Ini Pula, Tak Ramai Yang Pandai Untuk Skillnya , Bagi Saya Dari Sekolah Lagi Saya Ddah Pun Di Paksa Membungkus Tapai Ianya Amat Mudah Dan Laju Saja Membungkusnya, Bagi Yang Tak Pandai Biasanya Ianya Merosakkan Daun Saja , Sebab Banyak Yang Koyak Dari Yang Berjaya Dibungkus.


Setelah Siap Bungkus Dan Saya Susunkan Ke Dalam Periuk Stainless Steel Dan Diperam Selama 2 Hari, Bukan Macam Buat Kuih Biasa Hari Ni Buat, Hari Jadi Dan Boleh Jual..


Tapai Ni Pula Kena Buat Dahulu, Tunggu 2 Hari Dan Baru Boleh Jual, Itu Pun Kalau Tapainya Menjadi .. Kerana Ada Juga Pengalaman Buat Tapai Tak Menjadi Kerana Beberapa Faktor Antaranya Ragi Tak Bagus, Ragi Yang Baik Dan Bagus Adalah Antara Faktor Utama Untuk Buat Tapai Pulut & Ubi. Ia Merupakan Bahan Utama (Hero) Untuk Proses Pembuatan Tapai Pulut & Ubi.


Setelah Membaca Penerangan Saya Ini, Berapakah Harga Yang Boleh Di Jual Untuk Produk Tapai Ini?


Agak-Agak Anda Dengan Cerita Saya Ini, Berapakah Harga Yang Perlu Di Letakkan Untuk Jual Tapai Pulut Ini???



  • Beras Pulut


  • Ragi


  • Gas Untuk Memasak Pulut 1 Kukus 1jam(Byk Pakai Gas)


  • Daun Pisang , Bukan Biashe-Biashe Punya Kalau Beli Di Pasar Pun Mahal (Pisang Awak)


  • Gula & Air (Untuk Merendam & Membasuh Pulut ,Serta Air DiPakai Untuk Kukus Serta Pada Tapai Waktu Meragi Pulut)


  • Waktu Perlu Di Kira Iaitu Waktu Menunggu Masak Tapai Tersebut Yang Di Panggil Proses Penapaian Sekurang-Kurang Mengambil Masa 2 Hari INGAT !!! (2 Hari)



Persoalannya, Berapa Harga Tapai Pulut Ini Boleh Di Jual???


Adakah Anda Rasa Harga Tapai Pulut Haji Atan Ini Mahal Atau Murah? Atau Okey Sajja?


Sumber : TapaiKing – MY Store (Laman WEB)


Salam, Pada Yang Membaca Artikel Ni.. Tahukah Anda Buat Tapai Pulut??? Tahukah Anda Mudah Ke Susah Membuatnya (Tapai Pulut)


Jika Nak Dapatkan Tapai Pulu & Ubi Order Di Sini:- 

Bit.Ly/OrderSini_TapaiPulut

Bit.Ly/OrderSini_TapaiPulut

Bit.Ly/OrderSini_TapaiPulut


Tapai pulut merupakan makanan tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu. Perusahaan Makanan Dan Pengawetan Istimewa mengembalikan semula kegemilangan makanan tradisional ini dengan persembahan masa kini. Moto kami "Try... Tapai Pulut Hj Mat Atan..... you'll become a true lover!" bermaksud "Rasalah... Tapai Pulut Hj Mat Atan ..... anda akan jadi pengemar sejati!", bukan sekadar kata-kata. Kami komited untuk memberi yang terbaik, baik dari segi kualiti dan juga perhidmatan.


 


Catat Ulasan

0 Ulasan