Untuk makluman pada bulan hadapan genaplah 8 tahun saya menggunakan Toyota Vios E-Spec , Oleh ini pengalaman saya memandu Vios selama 8 tahun dengan perbatuan lebih 100k dirasakan cukup baik untuk diterjemahkan dalam bentuk penilaian. Dan mungkin berguna menjadi panduan untuk anda membelinya jika anda sedang berkira-kira untuk mencari sebuah kereta dalam sagmen B di bawah 100k. Proses pembelian Saya dapati proses pembelian sebuah kereta Toyota agak baik. Servis dan perkhidmatan yang diberi agak memuaskan. Harga Vios yang dibeli pada hujung tahun 2011 Harga Pasaran RM81,500.00+. Semasa memebeli saya mendapat diskaun sebanyak RM2,000.00 dan percuma penapis haba.
Saya membayar RM 9,500.00 sebagai wang pendahuluan dan loan sebanyak RM 72,000.00 dengan faedah 2.85% (agak tinggi kerana berlaku penstrukturan faedah, dan faedah yang saya bayar agak rendah pada masa itu) setahun selama 9 tahun. Bayaran bulanan sebanyak RM 930.00 sebulan (agak tinggi untuk yang baru mula bekerjaya pada masa itu, tapi nekad je). Kereta sampai dalam masa hanya 2 minggu. Saya juga membeli no. pendaftaran W** 7965 dengan harga RM50 standard seperti ditetapkan . Mungkin berbeza untuk penjual lain, sebelum saya bawa pulang pihak penjual menguji beberapa aspek bahagian kereta kepada pembeli. Contohnya lampu, pintu, fungsi beberapa alatan dan beberapa ciri keselamatan. Tambahan makluman pihak penjual juga memberikan minyak setenggah tangki (penjual lain mungkin memeberikan minyak penuh) dan tanpa disangka tambahan diskaun sebanyak RM 500.00 (mungkin bayaran yang sepatutnya diberikan kepada “refferal program lak"). Rekaan Toyota Vios E mempunyai 4 spec semasa itu, Spec asas J, E, G dan TRD sportive. Hanya spec J sahaja mempunyai transmisi manual. Dari aspek luaran spec J tiada fog lamp dan sport rim. Spec E ada fog lamp dan sport rim14 inci. Spec G kemasan chrome di beberapa bahagian dan sport rim16 inci. TRD pula bodykit dan spoiler dan beberapa ciri yang sporty. Dari aspek dalaman banyak perbezaan dari aspek audio dan keselamatan. Spec J audio agak murah dan hanya ada 1 Airbag (Vios sekarang sudah ada 2 Airbag untuk J). Spec E audio yang lebih cangih dan 2 Airbag spec G dan TRD sistem audio siapan dalam dan kerusi kulit. Dari aspek rekaan ramai yang cakap rekabentuk seakan-akan dugong, dan saya akui terutamanya pada bahagian hadapan. Namun ianya agak menawan dan sedikit comel berbanding Honda City yang lebih radikal, ganas dan maskulin. Tidak banyak garisan-garisan yang terdapat pada badan Vios. Ianya dibina supaya tidak terlalu kompleks dan sesuai untuk semua jantina. Warna cerah menjadi warna dalaman Vios E dan menjadikanya bersih dan kemas. Terdapat sedikit calitan chrome pada dashboard dan tempat rehatkan tangan. Kerusi diperbuat dari fabric hitam berlubang dan span yang digunakan agak lembut berbanding yang digunakan untuk Persona yang agak keras. Sama seperti Myvi kerusi pemandu boleh laras bukan sahaja ke depan dan belakang, malah boleh naik dan turun. Ini menjadikanya sesuai untuk segala bentuk ketinggian pemandu.
Ruang Yang Selesa
Banyak ruang penyimpanan yang disediakan. Terdapat lima tempat meletak air termasuk di pintu hadapan. Tempat menyimpan yang disediakan boleh dianggap amat praktikal. Ruang penumpang agak luas terutamanya ruang kaki. Ruang tempat duduk penumpang sesuai untuk 3 dewasa . Ruang barangan agak luas dan sesuai untuk keluarga. Prestasi enjin dan Pemanduan Enjin Vios adalah 1.5 vvt-I dengan 108HP. Semasa anda menghidupkan enjin ngaumanya agak kuat, jadi anda tidak perlu rungsing, ini kerana ngauman itu hanya sementara sehingga rpm turun kepada 2000. Selepas itu bunyi enjin hampir-hampir tidak kedengaran. Semasa pemanduan sekalipun bunyi enjin amat minima kedenganran kecuali bila speed mencapai kelajuan tertentu baru bunyi enjin agak mengaum. Sepanjang saya menggunakan kereta ini, kelajuan yang pernah saya capai adalah 180km/j (mungkin lebih lagi laju maksima). Enjin hanya mengaum kuat dan kurang selesa apabila speed mencapai 170km/j ke atas. Ini kerana enjin dilihat bekerja agak keras. Kelajuan sesuai untuk Vios pada saya adalah 120km/j. anda akan selesa memandu pada kujuan ini di jalan biasa yang rata. Semasa di lebuhraya anda akan mudah mencapai kelajuan 120km/j dan anda akan merasakan ianya agak perlahan. Lazimnya saya memandu 130-140km/j di lebuhraya dan menyebabkan saya dua kali dikenakan saman kerana speeding. Pada kelajuan itu kenderaan anda tidak akan bergegar dan anda dan penumpang selesa didalamnya. Gegaran mungkin terasa bila mencapai kelajuan 160km/j. Pengalaman saya memandu Myvi dan Matrix pada kelajuan 120km/j gegaran sudah mula terasa. Namun saya agak pelik bagaimana pada kelajuan 140km/j masih ada Myvi yang memotong kenderaan saya?. Enjin vvt-I amat berperestasi pada saya, terutama apabila anda mahun meningkatkan kelajuan. Dengan sedikit sahaja tekanan pada padel enjin terus memecut. Sama juga jika anda mahu menukar gear. Dengan enjin 1.5, anda tidak mempunyai masalah semasa memotong kenderaan lain. Untuk makluman, Vios tidak mempunyai Shiff button. Tetapi ianya digantikan dengan gear 3 yang terdapat pada tombol gear. Rekaan gear Vios adalah yang paling kehadapan diantara pesaingnya berbanding City. Jenama Kereta lain mengunakan gear lurus degangkan Vios berliku. Baik untuk keselamatan terutamanya masalah tersalah masuk gear!. Pertukaran gear juga amat lancar dan anda tidak akan perasan bila gear bertukar. Inilah teknologi Toyota. dalam membina kereta untuk keselesaan dan bukan untuk berlumba. Dari aspek pemanduan, Vios mudah dikawal dan selesa dipandu. Namun stering terasa agak ringan terutama apabila anda memandu pada kelajuan tinggi (hakikatnya stering semakin berat pada kelajuan tinggi). Oleh itu semasa memandu pada kelajuan tinggi pastikan anda tidak leka kerena anda mungkin berisiko terjebak dengan kemalangan. Apabila mengambil selekoh, terdapat sedikit kelemahan kerana kereta seakan-akan kurang stabil (mungkin faktor psikologi) dan anda mungkin kurang yakin untuk mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Mungkin ketinggian kereta menyebabkan perkara ini. Penyerap hentakan amat baik dan selesa, dan anda tidak akan rasa melompat-lompat seperti memandu Myvi semasa melalui jalan tidak rata atau berayun-ayun seperti menaiki Triton. Terdapat sedikit kelemahan pada enjin 1.5 vvt-i. antara kelemahan pada enjin ini adalah apabila anda membawa 5 penumpang dewasa dan minyak penuh, anda akan dapati enjin kurang berkuasa terutamanya semasa mendaki. Enjin dilihat perlu bekerja dengan lebih keras. Selain itu masalah juga semasa memotong dalam kapasiti penuh sebegitu. Oleh itu penggunakan gear 3 adalah cara terbaik untuk mengatasa masalah tersebut. Penjimatan Minyak Inilah antara faktor menyebabkan Vios adalah kesayangan saya. Kapasiti minyak kira-kira 40liter.
Banyak nak shared tentang harga consumtion minyak petrol- Memandangkan harga yang tak menentu, Saya share next.
Servis (Perkhidmatan selepas pembelian)
Banyak pusat servis yang disediakan oleh pihak Toyota. Lazimnya saya akan servis di * Service Centre Toyota. Ini kerana servis yang ditawarkan amat professional dan selasa. Anda perlu membuat temujanji selama 2 hari sebelum menghantar kereta anda. Suasana pusat servis amat baik dengan minuman dan makanan disediakan percuma. Jika anda datang pada awal pagi, nasi lemak dan kueh tradisonal disediakan. Jika waktu petang roti dan gula-gula serta aiskrim disediakan untuk anda. Tambahan pula wi-fi percuma disediakan selain beberapa buah computer untuk mereka yang tidak membawa laptop. Tambah menarik, van percuma juga disediankan untuk menghantar anda ke mall berhampiran seperti Giant, Jusco dan tesco extra. Anda juga akan diberikan cenderahati percuma bergantung pada musim.
Untuk servis biasa lazimnya masa 2-3 jam diperlukan. Dan bagi major servis masa diperlukan 3-4 jam. Sebelum servis selalaunya pihak Toyota akan memberikan angaran bayaran yang perlu anda bayar. Untuk servis minor bayaran RM200-300 dikenakan. Manakala servis major RM400-600. Khidmat mencuci kereta dan enjin juga disediakan. Anda akan dilayan dengan amat baik dan mesra termasuk pengawal keselamatan yang akan tabik hormat kepada anda semasa keluar dari pusat servis.
Kemalangan
Secara jujur selama 2 tahun ini saya pernah terlibat dalam 2 “kemalangan”. Pertama semasa ditempat kerja, kereta saya dilangar dari belakang oleh seorang rakan. Semasa itu kereta saya sedang elok di parking. Kos baik pulih menurut rakan saya RM1500. Tukar bumper belakang, lampu kiri, sensor undur dan ketuk bonet termasuk cat. Kali kedua di gesel oleh pelangan yang tidak perasan dan melangar sisi driver. Maka kereta saya sedikit kemek. Hantar ketok dan cat. Kos RM 200.00. semua dihantar bengel luar (mungkin atas faktor ini ada penjual kereta merendahkan angaran trade-in kereta saya).
Cermin hadapan Vios saya juga terdapat masalah. Kerana terdapat retak yang agak panjang dan kesan terkena batu semasa memandu. Ini kelihatan seperti satu kelemahan pada cermin Vios, teteapi pada saya ianya adalah satu kelebihan. Jika kereta lain saya rasa sudah lama cermin itu berderai.
PERLU BELI?
Perlu jika anda mampu dan perlukan sebuah kereta yang selesa,selamat Compact,Fleksibel dan tahan lasak* dan sedikit sweet ahaks..
Nasihat
Lebih elok anda beli dari Pengedar Toyota yang sah dan jangan terpedaya dengan pemberian hadiah yang banyak semata-mata. Pastikan anda masuk ke dalam laman web Toyota dan lihat apa promosi yang disediakan. Tuntut promosi itu pada pihak penjual. Elok sekiranya anda boleh tentukan bank yang anda mahu membuat pinjaman. Jika pihak penjual tidak memberi pilihan, Jangan tunggu!!! Ramai lagi yang boleh bantu. Jangan lupa minta kadar faedah yang terendah dan terbaik. Lihat kereta anda sebelum membuat bayaran pendahuluan penuh untuk memastikan tiada kecacatan. Jika anda gemar ubah suai kereta belilah Vios J. anda akan dapat banyak kepuasan.
Perkongsian : Linked To: RS Niaga Resources Ulasan di sebabkan: TOYOTA VIOS 1.5E (A) | M.O.Y : 2011 | WARNA : PUTIH
0 Ulasan