Bagaimana buat website dengan WordPress.
1- Pilih domain & hosting untuk brand produk atau syarikat anda.
Pilih pembekal domain & hosting sebelum mulakan.
Biasanya pakej hosting dan domain kontrak selama setahun dan bulanan, tetapi saya cadangkan ambil yang setahun ianya lebih berbaloi dan murah.
Jangan lupa pilih nama domain yang mudah untuk mengenali kita atau jenama kita.
Info:
Pilih domain anda
Order Domain & Hosting Di Sini
BLUEHOST
Pilih hosting
2- Install WordPress
Dengan tajuk laman web serta nama perniagaan.
Masukkan user name dan password untuk log masuk ke WordPress anda.
Daftarkan email utama untuk pendaftaran kata laluan website sekiranya dapat maklumat dan lupa kata laluan.
Dan klik install
3. Type https://www.yourdomain.com/wp-admin
Log In User name & Password yg dibuat.
4. Masuk di paparan dashboard WordPress
Selepas masuk ke WordPress menggunakan log in user name dan password yang di Daftarkan semasa mengupload WordPress.
3-Theme
Mengikut theme yang diberikan oleh WordPress adalah basic biasanya tidak cantik, maka dalam tutorial ini kami merekomendasikan theme yang kebiasaannya developer gunakan dan ianya percuma iaitu klik appearance di kiri dashboard dan klik new install dan search theme, antara theme percuma dan menarik ialah:
Astra
Ocean
Hello
Neve
Search theme di atas
>install theme.
4-Plugin
Kemudian di dashboard cari butang plugin, dan install plugin theme builder yang menarik hanya drag & drop lalu install elementor. Dan beberapa plugin yang anda ingin gunakan mengikut keperluan anda.
Baca Artikel Ini
5-Page
Sebelum menggunakan Di butang page anda sudah pun merancang website apa yang anda inginkan, adakah website Landing Page, portfolio, blog atau ecommerce. Kerana butang page ini memainkan peranan untuk membina sebuah website.
Dibutang page ini ada boleh mencipta page seperti :
Homepage
About us
Contact
Blog
Dll
Untuk menulis blog atau artikel anda boleh mengeklik butang post di dashboard bagi menulis artikel di dalamnya.
6-Post
Sekiranya anda ingin menulis artikel ataupun blog untuk copywriting anda, anda boleh Ke dashboard dan klik post -> all post -> add new post dan tulis artikel anda
0 Ulasan