Panduan Bagaimana Cara Menyertai Program Affiliate Shopee
Shopee ialah antara salah satu platform e-dagang yang terkemuka Asia Tenggara dan umumnya di Malaysia, ianya khusus untuk pembeli dan penjual menikmati urusniaga dalam talian yang selamat dan lancar. Shopee terus berkembang di rantau ini dengan tumpuan yang kuat pada pengalaman pengguna untuk pelanggan dan peniaga. Usaha pasaran ini terus menetapkan piawaian baru untuk pasaran e-dagang di Asia Tenggara.
Buat masa sekarang ini, pembeli dan penjual di pasaran Shopee boleh mengakses produk dan perkhidmatan mereka melalui aplikasi mereka di banyak rantau negara seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia, dan Taiwan.
Rakan kongsi dari tempatan dan antarabangsa kini boleh mempromosikan Shopee dengan dasar kos setiap jualan, memperoleh komisen tinggi untuk setiap jualan yang berjaya dirujuk.
Untuk Menjadi Rakan Kongsi Bagi Kategori Produk Terlaris di Shopee > Baca Ini
Jika anda berminat untuk menjadi rakan kongsi Program Afiliasi Shopee untuk satu atau semua negara yang disebutkan di atas, maka biar saya pandu anda pertama kali dalam Mendaftarkan akaun dengan Involve Asia terlebih dahulu.
Langkah 1: Cipta Akaun Rakan Kongsi (Partner) di Involve Asia
Ianya percuma untuk anda menyertainya , jadi anda boleh bermula dengan:
1. Pergi ke laman pendaftaran dengan mengklik >Involve Asia
2. Anda perlu mengisi borang pendaftaran dengan lengkap.
3. Selepas mengisi segala butiran yang diperlukan, anda perlu menunggu persetujuan Involve Asia selama dua hingga empat hari perniagaan, kadang kadang ianya lebih cepat.
*sering semak Email anda!!
Itu saja! Tunggu dengan santai, berehat, dan tunggu emel mereka. Ia senang seperti 1-2-3!
Langkah 2: Hantar Permohonan untuk Program Afiliasi Rakan Kongsi Shopee
Shopee ingin memastikan hanya pemasar rakan kongsi terbaik yang mempromosikan jenama mereka. Oleh itu, anda perlu memohon untuk menjalankan program rakan kongsi mereka.
1. Dari Dashboard anda, pergi ke Rakan Kongsi. Kemudian dari menu turun, pilih Direktori Pengiklan.
Di halaman ini, anda akan melihat dua bar carian. Satu untuk mencari Pengiklan, dan satu lagi untuk Negara.
Secara automatik, ia akan mengisi sendiri bergantung kepada negara mana anda berada semasa mendaftar dengan Involve Asia. Untuk melebar carian, buang negara dari bar carian.
2. Selepas menaip "Shopee" pada bar carian pertama, mereka akan memberikan enam pilihan. Ini adalah enam negara di mana anda boleh mempromosikan Shopee; Singapura (SG), Thailand (TH), Indonesia (ID), Vietnam (VN), Taiwan (TW), dan Filipina (PH).
3. Selepas memilih negara yang anda ingin promosikan Shopee, anda boleh menekan 'Mohon' untuk meminta kelulusan mereka.
4. Akan ada pop-up Permintaan Kelulusan selepas menekan Mohon. Di sini, anda akan diberikan beberapa soalan untuk dijawab.
Ia akan bertanya daripada mana datangnya trafik, URL anda, mod promosi, dan sebagainya. Setelah selesai menjawab soalan, klik Simpan.
Setelah berjaya menghantar permintaan anda, anda akan melihat di bawah borang
*Permohonan berjaya dihantar."
Yay, kini anda boleh mula mempromosikan apabila permohonan anda diluluskan!
Sertai Involve Asia sebagai rakan kongsi untuk mula mempromosikan Shopee.
1 Ulasan