Coretan Perkongsian Bahawa Indah Khabar Dari Rupa Keluarga
Salam kepada semua pembaca guys,
Pengenalan.
Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian saya pada kali ini, tergerak hati nak kongsikan cerita apa yang berlaku terhadap diri saya pada kali ni. Nama saya (dirahsiakan). Saya lahir Pada Bulan 6/1978 di Hospital Besar Klang, Selangor dan kini telah berumur 46 tahun dan menetap di Pelabuhan Klang, Selangor. Saya mempunyai 5 orang adik beradik, Terdiri 4 orang lelaki dan 1 perempuan, Saya adalah anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Mempunyai 4 orang abang lelaki 1 perempuan yang tengah.
Adik Beradik
Untuk lebih terperinci, Saya mempunyai 5 orang adik beradik, 22 orang anak saudara, 10 lelaki dan 12 orang anak saudara perempuan. Daripada 22 orang anak saudara ini lahir 10 orang cucu dari 22 anak saudara ini.
Bapa saya lahir di Negeri Sembilan dan ibu lahir di Melaka.
Kronologi.
Untuk ringkaskan cerita, Setelah pendamik Covid 19 mula melanda pada hujung tahun 2019 saya telah pun kehilangan perniagaan yang saya jalankan. Setelah itu saya mengambil keputusan untuk menjaga kedua ibu bapa saya di rumah.
Bermulalah hilangnya pendapatan dan saya dapat bantuan dari bapa saya yang membantu kerana ianya juga mempunyai simpanan dan pencen.
Nak dijadikan cerita,
Pada Tahun ini bulan 3 Mac 2024 bapa saya telahpun di jemput pulang ke rahmatullah pada usia 87 tahun. Dan meninggalkan ibu saya yang sekarang berusia 81 tahun pada tahun ini. Dalam adik beradik saya, hanya saya saja yang masih bujang belum pernah berkahwin. Adik beradik saya semuanya telah berkeluarga, keluarga Saya kira besar juga dan bila saya kira, legasi keluarga terdapat 53 orang semuanya.
Abang yang sulung yang di panggil (Along) mempunyai 6 orang anak, dan 3 daripada 6 anaknya telahpun berkahwin dan mempunyai 4 orang cucu. Abang yang sulung ni seorang usahawan perniagaan.
Abang yang kedua (Angah) mempunyai 3 orang anak dan 2 orang anaknya telahpun berkahwin dengan mempunyai 2 orang cucu kembar. Angah juga mempunyai perniagaan sebagai kontraktor.
Yang ketiga kakak saya mempunyai 5 orang anak dan 2 orang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cucu, kakak saya ini berniaga Restoran dan mempunyai 3 Restoran Besar.
Dan yang keempat Abang Saya mempunyai 8 orang anak dan 1 cucu, Abang saya yang ini seorang usahawan tani yang berniaga di pasar malam yang mempunyai hampir 10 cawangan.
Buat masa sekarang saya yang menjaga ibu saya di rumah, Ibu yang saya dengan panggilan mak ni kira uzur berkerusi roda, Dan untuk pengetahuan semua sebelum ini pun selama ini saya yang menjaga kedua ibu bapa saya. Sehinggalah pemergian bapa saya ke rahmatullah. Dari Negara ditutup akibat pendamik Covid 19 , sehingga sekarang ni pun saya masih belum bekerja dan sepenuh masa saya menjaga kedua ibu bapa saya sehingga bapa saya meninggal dunia. Saya lah yang menjaga makan minum dan membawa ke sana sini, bawa pergi klinik dan ke bank atau kemana sahaja yang mereka nak pergi.
Buat masa sekarang ni, apa pun saya yang menjaga ibu saya di rumah untuk memantau keadaan mereka.
Bermulalah Episod.
Jadi apa yang berlaku sekarang, Apa yang saya ingin nak kongsikan adalah sedikit kekesalan yang telah berlaku selama ini yang saya pendam, dan ingin saya luahkan dan kongsikan pada semua adalah sikap keluarga (adik beradik) saya untuk anda semua tatapi bagi anda dapat mengambil sebagai pengajaran kepada semua.
Cerita ni bukanlah rekaan untuk memburukkan sesiapa, Dan ini adalah sedikit pengalaman saya yang boleh saya kongsikan untuk sekadar pengalaman buat semua.
Bermulalah saya nak ceritakan sedikit berkenaan pasal adik beradik yang tidak pernah diendahkan oleh pihak keluarga saya .
Yang sedihnya dan saya kesal adalah apabila saya yang masih belum bekerja dan dalam keadaan sukar ekonomi dalam menjaga kedua ibu bapa saya sehingga bapa saya meninggal dunia, tiada seorang adik beradik pun yang pernah bertanyakan berita atau menyatakan tentang apa yang saya lakukan atau bertanyakan tentang kemasukan (income) saya. Maksudnya apa yang saya lalui buat masa ini dengan saya tiada bekerja dan tiada pendapatan.
Maklumlah saya ni nakal mereka takut nak bagi duit nnt takut saya belanja perkara bukan2.
Apa yang saya kesali adalah apabila melihat keluarga orang luar lain, melihat bagaimana keluarga membantu adik beradik lain apabila mereka menjaga ibu bapa mereka. Banyak orang yang membantu.
Adik beradik saya Abang yang sulung berpangkat Datuk dan kakak pun yang ketiga berpangkat datin. Tetapi mereka selalu bantu orang lain tapi bila adik beradik memang tak pernah membantu.
Betul lah dalam agama menuntut agar kita patut membantu orang Yang terdekat dengan kita iaitu keluarga terutamanya.
Bayangkan selama ini saya tiada pendapatan hanya dengan duduk di rumah menjaga ibu sahaja.
Ada kereta untuk diisi minyak dan servis, belanja rokok dan keinginan lain.
Saya kesal dengan sikap dan tindakan mereka dengan tidak menghiraukan keadaan saya.
Ada orang kata kenapa saya nak mengharapkan adik beradik,kenapa tak cari kerja atau tak bekerja?
Macam mana nak bekerja sedangkan ibu saya berada dalam keadaan yang tidak sihat, berkerusi roda dan umur sudah tua, sekarang ibu saya telah berusia 81 tahun pada masa ni.
Kalau korang,apa yang korang akan lakukan jika berada di tempat saya sekarang ni?
Bolehkah anda share pandangan anda, tentang apakah yang akan anda lakukan jika di tempat saya?
Untuk keterangan lanjut adik beradik saya semuanya berkeluarga dan mereka semua ada perniagaan masing-masing bukan orang yang susah untuk pengetahuan semua.
Kira adik beradik orang senang dan berjaya kalau nak cerita.
Cumanya saya ni anak bungsu yang nakal banyak menyusahkan keluarga kononnya, sedangkan saya jenis bukanlah orang yang meminta minta pada keluarga.
Nak cerita sebelum kematian bapa saya baru baru ini,saya sering minta duit atau pertolongan dari arwah ayah sebelum ni .
Sekarang ni hampir 5 bulan pemergian arwah ayah saya.
Mohon pada yang membaca perkongsian saya ini dapatlah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah saya.
Terima kasih saya ucapkan buat yang mendoakannya.
Sekarang saya buntu, Apa yang saya perlu lakukan.
Adakah perlu ambil keputusan keluar dari rumah tinggalkan ibu saya untuk pergi bekerja? atau bagaimana.
Sekian, terima kasih.
0 Ulasan