Tak kisahlah sama ada anda ni seorang backpackers ke, jenis orang yang bercuti kat tempat have-have (mahal) ke atau jenis spesis yang suka travel secara bajet (kurang dana), currency (nilai mata wang) semestinya perkara yang anda pentingkan sebelum merancang percutian/melancong ke oversea. Apa taknya, perbezaan currency yang tinggi boleh menjejaskan percutian kot. Nak-nak pula kadar tukaran nilai wang asing yang dikenakan oleh money changer tu tersangatlah tinggi. Haishhh, makin spoil lah percutian yang menjadi idaman anda.
Sebab itulah admin nak cerita sikit berkaitan dengan BigPay hari ini. Mana yang suka melancong/ travel dan backpacking tu, sudah pasti inilah sampai masanya anda WAJIB tahu dan menggunakan BigPay ni untuk menyelamatkan akaun bank anda.

Apa itu BigPay?
Okay, BigPay ni mudah dan senang ceritanya adalah sebuah sistem e-wallet yang serta dengan mobile app dan Mastercard prepaid card.
Produk ini telah diperkenalkan oleh AirAsia sebagai salah satu langkah ke arah cashless yang tengah trending sekarang ni. Yelah, cashless ni kan lagi mudah dan senang nak urus duit dan menjimatkan masa serta yang penting ianya selamat digunakan, tak perlu pening-pening nak handle cash ketika berada di luar negara.
Bagi yang masih tak lagi tahu, tentang fungsi utama bagi BigPay ni adalah untuk buat pertukaran mata wang asing secara digital. Bagi memudahkan urusan ketika melancong, maksud nya Lagi mudah lah kiranya.

Macam Mana Nak Guna BigPay?
Ada 3 perkara je yang anda kena tahu, e-wallet, prepaid card dan BigPay mobile app. Tu je, mudah tak?.
Bagi yang masih lagi konfius dengan Big Pay ni tak mengapa, admin boleh terangkan lagi cara penggunaan dia. Senang dan mudah je, selepas korang dah register, download app dan dah dapat kad korang dalam tempoh 5 ke 7 hari selepas register. Apa yang korang kena buat hanyalah topup ewallet korang guna mobile app. Semua jenis transaksi boleh dilakukan secara e-wallet atau guna kad BigPay korang. Senang, kan?
Semudah 1,2 dan 3..
Antara Sebab utama Big Pay ini dapat di gandingkan sekali dengan prepaid card adalah untuk memudahkan anda time membuat transaksi. Faham-faham jelah, sistem e-wallet ni kan masih baru, so tak semua tempat boleh pakai e-wallet ni. Tapi tak ape, kalau destinasi percutian korang tu tak terima e-wallet, korang masih lagi boleh menggunakan kad Big Pay di semua lokasi yang menerima Mastercard, di Eropah semua sudah pun ke arah cashless ini.
Bukan itu sahaja, sebarang urusan korang boleh handle sendiri guna dalam app BigPay, nak top-up akaun, atau topup ke akaun anak- anak (jika mereka masih belajar), keluarga yang mempunyai akaun big pay, check balance dan check semua transaksi korang pun boleh! Anda boleh kesan perbelanjaan anda, Dan jangan tak percaya Hanya Dengan RM 5, dah boleh ada akaun prepaid card. Tak perlu dah rase nervous nak call customer service atau login kat website semua sebab boleh kat app tu. Pengalaman saya team Support mereka sangat membantu.

Selamat Ke Guna BigPay Ni?
Big Pay Juga telah diiktiraf Oleh Bank Negara Malaysia.
Di Malaysia terdapat 3-4 e-wallet yang disahkan oleh kerajaan Malaysia antaranya :
- Shopee Pay
- Grab Pay
- Touch & Go
- Big Pay (Antarabangsa)
Kalau korang masih ragu-ragu dengan Big Pay ini sebab ianya macam too good to be true – Ishh tak payah la risau. Big Pay ni dah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia okay, jadi korang takkan kena scam punya.
Kalau nak cerita terlalu banyak kemudahan yang ditawarkan, pasti anda tidak akan rugi dari segi pengguna.

Sistem Keselamatan Menerusi App Big Pay
App Big Pay ni datang dengan ciri-ciri keselamatan yang tersangat wow punya (tapi bukan sampai tahap dewa lah), macam fingerprint scanners dan facial recognition. Pasti Hebatkan?
Ciri-ciri keselamatan ini dibuat untuk mengesahkan identiti anda. Sistem keselamatan ini juga memerlukan anda untuk sahkan pengenalan diri dan nombor telefon.
Ianya nampak sukar bagi permulaan semasa pendaftaran, tetapi bagi mereka yang biasa dengan app ianya terlalu mudah, tak perlu ke kaunter seperti bank bagi pendaftarannya. Daftar akaun di bank pun tak mudah macam ini.
Admin selalu dengar tentang ada duit hilang lah, kad kredit hilang lah semasa ketika melancong, lepas tu sangat susah lah nak dapatkan balik, maklumlah negara orang kan. Nasihat admin, buat apalah anda hendak susah-susah? Kalau anda ada Big Pay, anda boleh freeze account anda sendiri guna app. Tak perlu lah dah nak ke sana ke sini nak buat report kehilangan segala, nak kena pergi ke bank semua sebab nak selamatkan duit korang. Sekali klik (tap) , semuanya terus settle. Kan mudah macam tu.

Apa Yang Bagus Sangat Pasal Big Pay Ni?
Pertukaran Wang Asing
Admin pernah lah dengar kan Tony Fernades cakap yang sistem pertukaran wang asing ni merupakan main attraction untuk BigPay. Tapi apa bestnya BigPay punya pertukaran wang asing berbanding money changer lain?
Pengalaman admin nak beli software di Indonesia, bayar guna Big Pay penjual terus dapat duit, macam guna duit now jer.
Sungguh tak sangka semudah ini, sebelum ini bersusah payah nak guna bank untuk transfer international, mahu pun western union.
Dengan pertukaran wang Big Pay ini, anda tak perlu lagi susah-susah tengok currency rate, cari money changer yang tawarkan exchange rate paling rendah. Itu semua cara lapuk. Penat kot beratur lama just nak tukar duit. Dengan Big Pay ni, anda tak payah keluar rumah pun, just topup je e-wallet korang. Settle. Jimat masa, tenaga dan jimat duit korang.
Lagi satu, Big Pay bagi exchange rate paling gempak kot, Percaya lah ianya antara rate paling relevan bagi penukaran RM ke USD . Sebabnya, Big Pay tak caj pon untuk tukar duit korang ke mata wang asing berbanding bank yang akan kenakan mark-up fee yang giler tinggi.
Jadi, nikmat apa lagi yang korang nak dustakan?

Sumber: BigPay
Pengiriman Wang Asing
Anda familiar tak dengan Foreign Exchange Remittance (FX)?
FX ni adalah pengiriman wang asing. Selalunya kalau nak transfer wang asing, anda kena menggunakan agen remittance dan setiap transaksi ada caj yang berbeza ikut apa yang ditetapkan oleh agen remittance. Tempoh transfer pulak boleh sampai berhari-hari. Punyalah susahkan?
Lain pulak ceritanya kalau anda menggunakan Big Pay. Anda boleh send dan transfer duit secara instant. Transfer duit macam send WhatsApp je. Free pulak tu.
Contohnya lah kan, anda yang bekerja kat oversea nak transfer duit kat mak ayah anda, haa boleh sangatlah gunakan Big Pay ini. Jimat lah sikit duit, pantas dan sangat berbaloi.
Sama lah jugak lah kalau anda study oversea, mak ayah anda pun boleh lah transfer duit belanja kat anda dengan mudahnya. Tapi ingat, dah senang nak transfer duit tu, janganlah asyik mintak duit je pulak kan.. Hahaha .
Perbezaan Caj Transaksi
Anda tahu tak, sebarang caj tambahan yang selalunya dikenakan oleh institut kewangan/bank sama sekali tidak akan dicaj oleh Big Pay ini? Kalau tak tau jom kita check & semak sama-sama.
Selalunya, time book flight debit/kredit kad, AirAsia akan caj processing fee up to RM24. Banyak tu.
Fyi, kalau korang guna online banking macam CimbClicks, M2U atau RHBNow untuk book tiket flight, korang akan dicaj RM4 dan RM16 kalau korang guna kad kredit Mastercard atau VISA. Kan sangat mahal tu. Sia-sia saje nak hunting tiket flight murah sebab nak berjimat kononnya, tapi end up kena caj processing fee pulak. Apa pun tak dapat, bK kata budak baru nak up LEMAH .
Tapi buat apa nak bayar processing fee kalau korang boleh book flight for free? Korang akan dikecualikan processing fee kalau book guna Big PAY WOW best sangat dengar boleh gunakan point juga.
Lagi satu, sebarang international withdrawal tak akan dikenakan caj transaksi, cumanya mungkin ATM akan kenakan caj tambahan lain yang korang sendiri boleh check dalam app. Sangat telus okay, dah tak wujud lagi dah istilah hidden fees dengan Big Pay. Tapi, kalau anda still nak buat international withdrawal guna kad lain, bersiap sedia lah ye untuk dikenakan 2% caj transaksi. Admin dah warning ni awal-awal.
Lagi, lagi? Okay senang je, kalau nak tau dengan lebih lanjut, anda boleh check & semak di sini untuk ketahui caj yang dikenakan dan manfaat yang diberikan oleh travel card yang lain. Ingat, sebelum pilih travel kad, pastikan manfaat yang ditawarkan tu sesuai dengan gaya hidup korang tau.

Pengeluaran Wang Tunai
Alamak, saya kehabisan cash semasa travel ni, macam mana ni?
Perkara kecik je ni, tak perlu lah nak gelabah. Korang pergi je ke mana-mana atm yang menerima Mastercard dan withdraw je lah duit guna kad Big Pay anda tu, satu lagi kelebihan yang ada dengan Big Pay ini.
Tapi admin, berapa banyak yang saya boleh withdraw?
Ikut berapa amaun yang ada dalam e-wallet anda lah. Kalau banyak, masyuklah, kalau sikit, berhuhu je lah.
Ada satu benda ni yang anda kena ingat, bagi withdrawal, ada caj yang dikenakan.
RM6 akan dicaj bagi domestic withdrawal
RM10 akan dicaj bagi international withdrawal, ini adalah antara kelemahan yang ada boleh jumpa di dalam sistem ini.
Sebagai galakkan sebaiknya withdrawal ni guna time ada kecemasan je macam wallet hilang ke, atau kena ragut ke…haish minta di jauhkan lah dari keadaan ini, tatkala melancong ke negara orang jangan lalai atau cuai, pastikan berjaga jaga jangan leka tau.
Kalau lah nasib anda malang, hilang kad kredit time travel, janganlah risau, korang masih boleh mendapatkan wang kecemasan dengan mudah. Baca ni Hilang Kad Kredit Time Travel? INI Caranya Untuk Dapatkan Wang Kecemasan.
Kumpul & Tebus Mata Ganjaran

Collect points lah, apa lagi.
Apa-apa transaksi yang korang buat sama ada kat app atau guna kad akan dapat points.
Points yang korang collect tu adalah dari sistem reward Big Loyalty Program, sebuah kerjasama antara BigPay dengan AirAsia.
Points yang korang dapat ni boleh guna untuk dapat AirAsia Travel Rewards macam diskaun/tebus tiket flight, diskaun in-flight meals, diskaun baggage dan banyak lagi lah rewards yang ohsem. Memang bahagia lah hidup bila ada kelebihan camni?
Korang cuma perlu linkkan ID AirAsia Big member ke akaun BigPay dan you’re all set!
Oh, hampir terlupa pulak, korang kena spend at least RM20 tau baru boleh dapat 1 point. Setiap kali korang topup minimum RM50 pun korang akan dapat 1 point. Lagi banyak korang spend, lagi banyak lah points yang korang akan dapat.

Dapatkan Duit Dengan Sistem Referral
Nak dapatkan duit free? Apa lagi, ajaklah kawan, keluarga anda ramai-ramai join Big Pay ni. Big Pay ada buat sistem referral di mana bagi setiap pengguna baru yang sign up menggunakan referral code anda, RM10 akan dimasukkan dalam e-wallet anda dan kawan serta keluarga anda.
Bayangkan, kalau 10 orang guna referral code anda? Senang-senang je boleh dapat RM100. Tiba-tiba pulak ada side income. Opps.
So, rasa-rasa macam nak try tak?
Admin cakap banyak pun tak guna, anda kena lah try sendiri lah untuk tau macam mana bestnya BigPay ni. Pada pendapat admin lah kan, kalau BigPay ni mendapat sambutan berterusan, besar kemungkinan, Malaysia akan menjadi cashless dengan lebih cepat. Anda rasa?
Selain BigPay, apa lagi cara untuk anda berjimat tapi still enjoy semasa travel? Cuba baca artikel ni pulak -INI Caranya Untuk Travel Dengan Selesa Pada Harga Yang Murah .
Lagi satu, travel ni memang best tapi jangan lupa beli travel insurance ye untuk nak elak benda-benda yang tak best berlaku kat anda – tak mahal pun. Kalau nak apply, boleh klik sini.
Hey! Gunakan kod saya 2RPRAEKKXL untuk mendaftar BigPay dan dapatkan RM10 apabila anda mengaktifkan kad anda. Nikmati kadar pertukaran yang hebat untuk perbelanjaan luar negara dan pemindahan wang antarabangsa! Terdapat lebih banyak lagi tetapi saya akan membiarkan anda mengalaminya sendiri.
Daftar di: https://bigpay.link/referrals
Kad kredit prabayar mempunyai beberapa kelebihan:
- Tiada pemeriksaan kredit diperlukan untuk mendapatkan kad prabayar, jadi ia boleh menjadi pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai sejarah kredit yang buruk atau tiada sejarah kredit langsung.
- Kad prabayar tidak mempunyai yuran yang sama seperti kad kredit tradisional, seperti yuran tahunan, yuran lewat bayar, atau yuran pemindahan baki.
- Kad prabayar boleh membantu anda mengatur dan mengurus wang anda dengan lebih berkesan kerana anda hanya boleh mengeluarkan jumlah wang yang telah anda muatkan ke dalam kad. Ini boleh membantu anda mengelak daripada berlebihan belanja dan masuk ke dalam hutang.
- Kad prabayar diterima di kebanyakan pedagang yang menerima kad kredit, jadi ia boleh digunakan untuk pelbagai pembelian.
- Beberapa kad prabayar menawarkan ciri-ciri dan kelebihan tambahan, seperti cashback pada pembelian, diskaun di pedagang yang sertai, atau alat pengurusan akaun dalam talian.

Kelebihan Kad Prabayar Big Pay
E-wallet BigPay mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan:
- BigPay membolehkan anda menghantar dan menerima wang dengan cepat dan mudah kepada orang lain yang juga mempunyai akaun BigPay.
- BigPay mempunyai kad debit maya yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan di mana sahaja kad debit diterima.
- BigPay menawarkan tahap tukaran matawang yang kompetitif, sehingga anda boleh menjimatkan wang semasa melakukan transaksi antarabangsa.
- BigPay menawarkan ciri pemantauan kewangan yang membantu anda memantau pengeluaran anda dan mengurus kewangan anda dengan lebih berkesan.
- BigPay menawarkan kemudahan top-up melalui pelbagai kaedah, seperti kad kredit, debit, atau pemindahan bank.
- BigPay memberikan keselamatan yang tinggi dengan menggunakan teknologi enkripsi dan memberikan jaminan keselamatan untuk transaksi yang tidak sah.
Bolehkah saya mengeluarkan wang daripada BigPay?
Ya, anda boleh mengeluarkan wang dari BigPay dengan menggunakan salah satu dari beberapa cara berikut:
- Transfer ke akaun bank: Anda boleh memindahkan wang dari BigPay ke akaun bank anda dengan mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan di dalam aplikasi BigPay.
- Tarik tunai di mesin ATM: Anda boleh mengeluarkan wang dari BigPay di mesin ATM yang menyokong kad debit maya BigPay.
- Gunakan kad debit maya BigPay untuk membayar barangan dan perkhidmatan: Anda boleh mengeluarkan wang dari BigPay dengan menggunakan kad debit maya BigPay untuk membayar barangan dan perkhidmatan di mana sahaja kad debit diterima.
Sila pastikan bahawa anda mempunyai baki yang cukup di dalam akaun BigPay sebelum mencuba untuk mengeluarkan wang. Anda juga mungkin terdedah kepada bayaran tambahan untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM atau membayar dengan kad debit maya BigPay.

Adakah BigPay mempunyai yuran?
BigPay mungkin mengenakan yuran untuk beberapa perkhidmatan yang ditawarkan. Berikut adalah beberapa contoh yuran yang mungkin dikenakan oleh BigPay:
- Yuran transfer: BigPay mungkin mengenakan yuran untuk setiap transfer yang anda lakukan kepada orang lain atau ke akaun bank anda.
- Yuran tarik tunai: BigPay mungkin mengenakan yuran untuk setiap tarikan tunai yang anda lakukan di mesin ATM.
- Yuran pemindahan baki: BigPay mungkin mengenakan yuran untuk setiap pemindahan baki dari akaun BigPay ke akaun bank anda.
- Yuran penyimpanan: BigPay mungkin mengenakan yuran untuk menyimpan wang di dalam akaun BigPay anda.
Yuran yang dikenakan oleh BigPay mungkin berubah dari masa ke semasa, jadi disarankan untuk memeriksa syarat dan terma yang ditetapkan oleh BigPay untuk mendapatkan maklumat yang terkini tentang yuran yang mungkin dikenakan.
Adakah kad BigPay percuma?
Kad debit maya BigPay mungkin tidak dikenakan caj pendaftaran atau caj bulanan, tetapi BigPay mungkin mengenakan yuran untuk beberapa perkhidmatan yang ditawarkan, seperti yuran transfer, yuran tarik tunai, yuran pemindahan baki, atau yuran penyimpanan. Selain itu, BigPay mungkin juga mengenakan yuran tambahan untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM atau membayar dengan kad debit maya BigPay.
Untuk mendapatkan maklumat yang terkini tentang yuran yang mungkin dikenakan oleh BigPay, disarankan untuk memeriksa syarat dan terma yang ditetapkan oleh BigPay. Yuran yang dikenakan oleh BigPay mungkin berubah dari masa ke semasa.

Selamat bercuti!