RM70.00
Tajuk : #AntaraUstadIlmuAdabDenganSeketulTahi
Karya #IsmailAriffin a.k.a #lepat (316 muka surat, sm RM70/ ss rm73)
Buku ini memiliki 27 lakaran illustrasi oleh Ajis Saidin & Lepat.
# pembeli 200 buah terawal- dengan tandatangan lepat
Sinopsis Bab 1.
Dia bersama jiwa gelandangannya. Syariat malam berlaku seperti biasa, berjalan bersama gelapnya melintasi detik waktu, bersama hakikat kelakunya yang langsung tidak mahu untuk peduli akan segala sesuatu. Dia bersama perasaannya dia masih saja di situ, matanya masih saja melihat anjing yang semakin hilang ditelan gelap malam. Tiba-tiba lampu dari ruang dapur sebuah rumah kecil yang berhampiran kawasan laluan dimananya anjing itu berlalu dinyalakan. Matanya tajam memanah tepat ke arah cahaya lampu yang keluar dari celahan renggang papan tingkap rumah yang pernah mencipta sejuta satu cerita. Untuk seketika itu alam semesta bagaikan parah lemah tanpa daya akibat di tikam dek sunyi dan sepi. Dia mendongakkan kepalanya serentak itu jua memejamkan matanya. Selangit kenangan tiba-tiba runtuh menimpa jemala dikepalanya.
Bab 2. Antara ustaz dan seketul tahi. Tiba saja di penghujung pasar, terdapat beberapa meja tempat bagi untuk peniaga menjaja kuih-muih, serta tersedia juga beberapa warung kopi lain yang mananya juga menyediakan makanan untuk bersarapan pagi. Dapat dilihat beberapa buah meja yang tidak berpayung sedang dipenuhi oleh ramai pelangan. Sementara di meja hujung sana terdapat beberapa makhluk berjubah sedang entah berbicara tentang apa. Mereka berkelihatan riang berseloka sambil di selang-seli dengan gelak tawa. Dan dengan tanpa mengambil masa yang lama, empat makhluk yang memakai pakaian ala orang Arab, serta mereka yang di meja lain telah mula menyedari keberadaannya di kawasan itu. Dia yang hanya melintasi kawasan pasar itu untuk meneruskan perjalanannya ke sebuah tasik demi menyegarkan tubuhnya dan mencuci wajahnya.
Bab 3. Berkorban segalanya. Setelah dia melintasi jambatan tua itu, diteruskan perjalanannya ke arah perkuburan anak kesayangannya itu. Selama tujuh tahun, kerap kali sebegitulah wajah hariannya. Dan ada masanya apabila diakibatkan terlalu letih, dia akan bermalam di sebelah kubur anak kesayangannya itu. Setibanya di kawasan awal berdekatan di mana bersemadinya pusara Abdul Kader, anak yang amat dikasihinya itu. Langkahnya tiba-tiba menjadi kaku mati. Jiwanya tersentak, sesaat matanya menangkap sesuatu yang hampir tujuh tahun hanya wujud sebagai bayangan semata-mata. Batin jiwanya bagaikan terjerut, kedua matanya terpanah mati, akalnya juga turut sama seakan mati, perasaannya juga turut sama bagaikan telah dikebumikan.

Dapatkan eBook Percuma dari kami atas penghargaan Pada anda yang singgah di Web kami…
Isikan Maklumat Di Bawah Bagi Tempahan Tapai Pulut